Assalamualaikum wbt..
*nak pahala free jawab la :)
Kat sini semua orang ade kawan kan ? Tipula kalau korang mampu hidup tanpa kawan untuk masa yang lama . Tapi kan , adakah semua kawan-kawan mengkome ni baik-baik belaka ? Sentiasa mengajak kepada kebaikan ? Kalau semuanya macam tu . Baguslah ! Mengkome memang bijak memilih kawan lah :)
Bagi aku sendiri, xsalah if kita nak kawan dengan mereka-mereka yang kurang baik . Tapi jangan la kita terpengaruh dengan perangai mereka . Ada prinsip sendiri kan :) Aku kawan je dengan semua orang . Bagi aku , kawan dengan mereka-mereka ni dapat mengajar pelbagai erti kehidupan and menjadi lebih berhati-hati dalam hiudp .
Tujuan aku hari ni bukan la nak memberi ceramah mengenai sahabat *sapa nak baca kalau aku bagi ceramah panjang lebar* . Cuma nak kongsikan jenis-jenis manusia a.k.a kawan-kawan yang wujud kat dunia ni . Nak tahu ?? keep scrolling yeah !
1. kawan ke arah kebaikan / membimbing .
: : kawan mcam ni memang susah nak dapat. Yang sentiasa mengingatkan kita kepada kebaikan dunia n akhirat.
2. kawan yang merosakkan / membinasakan
: : yang ni rasanya semakin banyak. Ajak me'lagha' ja . Sentiasa mengajak mengkome untuk menikmati duniawi semata-mata.
3. kawan yang pentingkan diri sendiri
: : hat ni lagi ramai . Mereka berkawan dengan kita untuk kepentingan diri sendiri.. Ala-ala parasit la.
4. Kawan masa gembira
: : time gembira ada.. Time sedih ?? lesappp!
5. Kawan masa sedih
: : yang ni pun susah nak cari.. Masa sedih je dia ada.. Masa lain-lain , busy.. Kira macam kawan untuk dengar masalah kita.
6. Kawan hentam kawan / memalukan kawan sendiri
: : Bagi aku, kalau setakat nak troll kawan , ya , it's ok . Tapi kalau da tahap memalukan kawan tu, agak-agaklah.
7. Kawan bila perlu
: : bila bosan baru cari. Kalau tak, setahun pun belum tentu cari.. =.='
8. Kawan kerana harta
: : Yang ni pun aku pernah jumpa, kerjanye mengepau kawan tersebut.. Bila kawan tu tadak duit , terus xtegur.
9. Kawan perampas
: : Hat ni paling tak matang , da tawu orang punye, toksah la kebas.. Aiyoo~
10. Kawan invisible
: : hat ni pun parah jugak . Ade kawan , tapi invisible . Tak tegur buat hal masing-masing.. Kalau jadi ape-ape cena?
Haaa.. Itu la 10 jenis kawan yang dapat aku kongsi.. Nampak macam banyak yang negatif kan ? Nak cari kawan yang baik , banyak halangan . Nak cari yang merosakkan ? Berlambak-lambak :)
Pesanan penaja ..
Buat lah tindakan bijak untuk memilih kawan :)
Anda ada kawan ? Jom kongsi :))
No comments:
Post a Comment