Thursday, July 26, 2012

Last minute .. Again !!

Assalamualaikum pembuka bicara . Haha . Di malam yang indah ini . bla . bla . bla . Stop !  Seperti biasalah kalau dah namanya Nur Athirah , memang selalu buat kerja last minit *tapi berkualiti dan saling meng'enjoy'kan diri saat tidur *xhengat dunia Sedangkan semalam da draft ape yang perlu dibuat awal-awal pagi hari ini . Disebabkan tidur itu lagi penting . Draft sekadar draft lah kan ? 

     Straight to da point . Should be hari ini aku kena mangkit awai semata-mata nak ngadap guru besar . Buat masa sekarang ni beliau la retis kerana tandatangan beliau sangatlah beharga . *Kira bangga gila kalau da dapat sain dia ! Tapi aku tataw la apa yang dah mempengaruhi aku sampai tidur tak sdedar dunia . Nak kata aku bantai ubat tidoq . Aku tak makan ubat langsung semalam . Aku cuma terjaga bila dengar ketukan pintu bertalu-talu dan jeritan .

Assalamualaikum . Ayongggg! *bayangkan macam mana budak 2 tahun yg cakap .
     Aku pun terus capai fon *fon dulu jgak kan Tengok jam . Nahh ! 0930 . Buuuu . Konon nak mangkit awai . So, dengan gaya robot yang telah diprogramkan , aku terus sambaq tola , p mandi , pakai baju kurung , ambik borang , kunci keta , then kuaq .  P isi minyak . Dengan muka blur kasi tahu tukang pam tu " RM10 ye " Terkial-kial budak tu dengan tetamu tak diundang . Lepas tu terus p skolah . Jumpa pak n abg guard serta tukang kebun dulu . Di interbiu oleh mereka . Lepas dapat jawab soalan dengan tepat , baru lah boleh melangkah kaki ke bangunan sekolah . Paling menyedihkan , kenderaan tak boleh bawak masuk . So terpaksa berjalan mendaki bukit yang tak setinggi bukit mertajam tu untuk ke pejabat . Tapi , da nama pun baju kurung , langkah tu xluas la . Mawu tersadung kalau langkah tak betul !

     Masuk je pejabat , terblurr seketika bila sorang staff pun aku xkenal . Da la pengetua baru , kalau pengetua lama , memang aku serbu masuk je bilik beliau tu . Disebabkan ada sorang staff nampak budak comel tercengang-cengang kat depan pintu . Staff itu pun :

staff   : ye ade ape dik ?
aku   : err . Assalamualaikum cik . Nak tanye . Kalau nak mintak cop pengetua boleh ?
staff  : eh . Mane boleh mintak cop pengetua . Kalau nk mintak tolong cop boleh lah .
aku   : eh ?
staff  : dok aih , melawak ja . Boleh-boleh . Untuk apa ni ?
aku   : ni ha . Untuk biasiswa .
staff  : ouh . yang ni . ramai da datang mntak 

     Ok fine ! Memang kt situ ramai yang terer-terer . Aku je terlentang sorang-sorang . Dekat tepi meja staff tu ada la sorang 'staff' ni . Dia dok kalut-kalut tengok borang aku . Dalam hati mula la nak mengata . Tapi sabar je la . Paling lawak bila depa mintak sijil ori . Naaaa ! Mana nak bawak . Terpaksa la aku pi balik rumah semata-mata nak amik sijil ori *memang isi minyak tadi untuk tu pun kan ? And , nak tawu sape staff yang aku kata dok sibuk semak borang aku ? Beliau la pengetua baru itu . Dah termalu sendiri aku dibuatnya . Nasib baik aku tak kata apa-apa .

 Bila da selesai suma . Rasa kelegaan tu hampir tercapai .

   Terus menuju ke stationary shop untuk membeli pemadam , pembaris dan sampul surat . Lepas tu p cekau pejabat pos semata-mata nak beli sampul pos express . Masuk ja kereta *demand nak isi alamat dalam keta , boleh dengar radio . Buka je borang , cari alamat tada . Pfffttt! Mana aku nak cari alamat ni . Adoi , dugaan .. Dugaan .. Pas tu terpikir , nasib baik aku bawak si wifi connector ni . Boleh aku search kejap . P la kfc . Tapi xmasuk la . Kang kena tuduh xposa . Kena naik van jenazah pulak . Connect punya connect . hampeh . Lembab gila amat ! Tiba-tiba terpikir la pasal seorang manusia ni so . Ape lagi . Text la . Dalam  mase beberapa minit , da dapat alamat Yayasan tersebut . Trimas abg fasi sengall !

     Lepas isi je borang , tengok jam da pukul 12 lebih . Da sampai ke belum abg posmen ni . Harap xsampai lagi . Terus la rush g pos office n terpa ke kotak pos express . Sambil masuk kan sampul , sambil doa "Oh abang posmen yang baik hati lagi rajin , jangan la da datang hamek surat-surat ni . "  Lepasa letak je , terus cau g beli paper n topup yang telah dipesan oleh puan emak . Namun , disebabkan kegabraan aku kerana seronok kerja last minit da selesai , topup yang sepatutnya celcom . Bertukar jadi maxis . Sampai rumah baru perasan . Adoi !

bertukar !

notakaki : kepada orang yang kuat gabra , janganlah buat kerja last minit .


No comments:

Post a Comment