Saturday, November 15, 2014

Kisah Dalam Bas Lagi

Assalamualaikum Kawan-kawan..


        Kalau diimbas balik, macam-macam jadi masa aku travel by bus. Dengan drivernya lah, dengan surroundingnya la.. Kali ni. Apa pulak?

     Untuk kali kedua aku naik di Stesen Bas Sri Putri, aku dapat menjangkakan masalah yang bakal berlaku, But, disebabkan tiada kenderaan untuk aku ke terminal Larkin dan demi moto ' Hidup Berjimat Cermat ' , aku jatuhkan ego untuk naik di Sri Putri.

     Bas yang dijanjikan tiba pada jam 10.30 malam masih tak tiba. Seorang aku yang sudah dapat menjangkakan masalah bas akan lewat masih tidak dapat menjangkan kelewatan yang sangat lewat *tunggang lannggang*

     Katanya sebelum 10.15 malam aku harus berada di perhentian bas. Berdasarkan pengalaman lampau, bas akan tiba lebih lewat dari sepatutnya. Maybe around 20-50 minit. Nak-nak lagi Sri Putri. Tapi aku tak sangka selewat tu !


     Sedang aku menunggu macam orang tunggu suami yang dah setahun tak balik, datang seorang pakcik berdiri di sebelah. Dia senyum, aku pun senyum.

'Pakcik nak p mana?'
'oo, Pakcik nak p Shah Alam,'
'OOooooo.. P rumah anak?'
'Ha'ah. Adik nak p mana?'
'Balik kampung cik, Kedah'
'Uihh, jauh belajaq.'
'Biasa la'
*sambung motivasi*

Selang beberapa minit

'Mana pulak bas pakcik ni'
'Mungkin lambat sikit kot cik.. Dari larkin.. Biasala'
'ooo.. Awak umo brp?'
'22 cik.'
'ohh.. Umo 22 ni kena la jaga kesihatan..blablablaaaaa..'


     Dah lama berbual, baru la aku tahu yang pakcik ni rupanya seorang tukang urut di Johor Bahru. Dia minta izin untuk tengok tangan, Takut-takut aku nak bagi.. hahaha.. Selepas ditilik,dia pun habaq la apa masalah *normal prob for student*.

    Nak dipendekkan cerita, jam 12.30 tgh malam tu baru bas yang aku tunggu sampai.. Bayangkan 10.15 mlm- 12.30 mlm aku tunggu bas tu.. Dah macam org gila aku kat situ.. Sat sandaq kat tembok, sat dduk kat tembok.. Sat bersila..sat melunjoq.. Da memang tak peduli apadah.. Dari orang ramai, sampai tinggal aku sorang. Dari tak kena marah, sampai aku kena marah dengan my mum sebab bas lambat *aku xpaham isu ni* Maybe dia risau and itu cara diluahkan kerisauan tapi di misenterprete oleh seorang aku. However, mak , you dont have to worry, anak mak ni kan traveller sejati. Love to travel alone, cabar diri buat macam-macam and forever alone *itu tipu*.

     Sampai je depan bas, driver bas tu buat muka bengang. Aku pun tak paham kenapa. Bila nak naik, terjumpa si akak yang tersangat la 'kerek'.  Aku pun tak paham pasaipa yang bahasa tu indah sangat. Padahal aku tak buat salah pun

'Eh, awak naik bas apa ni. Tiket mana'
'Ni tiket, no bas pun ada'
'Tapi kat sini dua org je naik. Awak tak pun'
'Memang la. Saya beli kat larkin. Tapi saya dah gitaw nak naik kat Sri Putri'

Aku tengok driver bas tu pandang dengan muka yang penuh ketidak puasan hati. Lalu,

'Wei, check no bas, Sama or tak'

Demm aah! Aku dah mula hilang kesabaran bila orang cakap elok dia jawab macam hampehh.

'Lahh, tak caya check la, Nak check msg akak yang kat larkin tu bg kat saya pun boleh'
'Ok2.. Naik lahh'
'Bukak bawah jap boleh?  Nak letak barang *still control sabar*'
'Banyak sangat ke brang tu *nada sindir*'
'Lahh, tengok la sendiri *tunjuk bagpack yang 50L ++ tu*'

*Turun dengan bengang bukak perut bas*

terniat nak jeling sheet yang ada tunjuk sit passenger. 

'Akak. Sit saya no 7. Tu kenapa ada orang?'
'Awak dduk je la mana2 yang kosong'
'What daaaa ==' agak2 la kak, saya beli sit single kot. Bukan saya tak bayar'
'Da tu sit 7 ada org duduk'
'K fine!'


      Naik je bas. Oh my....... Almost full.. Mmg hati aku terbakar dah time tu. Nak nangis semua ada. Ni one of the strongest reason why I hate naik kat Sri Putri. Seat kena curi.!

     Then aku nampak 1 set of double sit kosong. Aku pun dduk ke dalam *tepi tingkap is my favourite place. Bas memulakan perjalanan*. Tiba-tiba,

'Dik, ada orang tak'
'Err'

*terus duduk tanpa aku sempat jawab*

'Sorry, tempat kat depan tu bocor.'
'.....'

Malas aku nak layan, kang tak masal pakcik tu kena marah.

     Aku ingat isu tu sampai sini je. Sekali, bila pakcik tu tidur, dengan berdengkurnye, dengan buasnye. Berapa kali dia sigung aku. 

     Aisshhh pakcik ni. Tak boleh jadi. Bayangkan dia boleh angkat kaki dia yang berstokin 'harum' letak kat kepala sit depan. Memang budak depan aku tu kalau toleh kiri, rasa stokin la. Serius dia buat bas tu macam atas katil dia. Nasib tak peluk aku kot ingat bini dia jaaa.. Maw ada kes pembunuhan kalau jadi.

     Lepas ja KL, makin buas dia tidoq. Aku pun tak paham. Macam budak kecik. Kalih sana sini. And one part yang menguji kesabarann dan hidung aku is dengan slamber badak je dia boleh lepaskan gas2 'beracun'. Dia KENTUT.. Diulangi KENTUT!! And I was like maakkkk..huuuu.. nak nangis dah ni. :'( Aku tak taw nak cari sapa untuk hilangkan perasaan xselesa. And I call one of my bff untuk tell everything and calm myself down. Tuhan je tawu macam mana perasaan aku masa tu.

    Sampai satu RnR ni, budak depan tu naikkan kerusi. Then, pakcik tu takda tempat nak letak kaki, dengan sedap hatinye dia cuba nak selitkan kaki dia kat kaki aku. Ape lagi, memang kena ketuk la. Aku ketuk kaki dia banyak kali. Silap xda gunting dalam beg ja time tu. Dia trus kalih blah lain. And I was like. Demm la ! *dah banyak aku mencarut dalam bas*


    Bila bas dah jalan semula, everything become fine. Sampai Ipoh, pakcik tu turun. Baru la aku dapat tidur tanpa kerisauan melanda.





No comments:

Post a Comment