Tuesday, April 1, 2014

Kisah dalam bas


Assalamualaikum kawan-kawan

Dengan bau rokoknya,
Dengan 'bilion'an orangnya,
Dengan keriuhan orangnya,
Dengan pelbagai bau-bauannya,

     Berdiri aku mundar-mandir menunggu ketibaan bas yang belum tiba. Lantas duduk dikerusi, sambil mengeluh, membelek-belek tiket, mengharapkan bas tiba. Tiba-tiba,

Adik, balik mana?
Parit Buntaq cik :)
Ooo, samala kita . Satu bas kot noh .
Mungkinlah . :)

     Kalau tak silap aku, ini mungkin kali ke-2 aku menggunakan khidmat bas tersebut untuk pulang ke kampung halaman. Kenapa? Bas yang aku selalu naik, tiket dia fully-booked, demm ! Aku terlambat. Sebab terlalu berharap nak naik keretapi yang tidak aku ketahui perjalanannya ke utara tanah air.

     Jam 11.45 malam, bas tiba. Aku terus pecut duduk dekat sit aku. Sit no 1, single sit paling depan. My 1st time naik bas express sit paling depan. And i think i'm lucky because the front sit is so wide compared to others sit. And bermakna aku akan merasakan 'bus simulator 5d' di mana akanku rasa, lihat, dengar, alami dan hadapi semua yang dirasakan pemandu bas tersebut. Mula excited. 

     Pemandu bas itu berbangsa India. Well, it ok for me. Aku bukan racists. As long as aku selamat tiba ke destinasi, itu mencukupi. Sedang aku berangan, bus driver tu tanya " Sudah makan?", sambil pegang burger pasar malam. Tersentap. Senyum. Mengangguk. Itu reaksi spontan aku. Ku kira dia cuba menjadi ramah kepada para penumpang. Itu cukup melegakan. Aku takut kalau dapat driver yang pemarah. Macam mana aku nak suruh dia berhenti nanti.

     Jam 12 malam, perjalanan dimulakan. Moga selamat sampai. Aku pun mula menutup mata. Berharap tidurku lena. Selamat malam semua *berpantun pulak*. Tiba di Kuala Lumpur, driver bertukar. Aku tak peduli. Yang aku peduli, tidurku harus lena. Namun aku merasakan sesuatu. Aku rasa yang driver bas tu cuba senyum ke arah aku. Tapi semua itu tak jelas, gelap. Mungkin perasanku sahaja.

     Setibanya di Perak, seorang penumpang turun di Ipoh. Terjaga. 

'Dekat mana ni?' , 
'Ipoh, jauh lagi. Nak p mana?' , 
'ohh, Parit Buntar. Nanti keluar tol mane ye? Taiping o Bandar Baharu?', 
'Bandar Baharu.', 
'Good, nanti saya turun dekat tol ye :) ' , 
'emm.'

     Bas melewati Terowong Menora *abaikan spelling mistake*. Cahaya mencurah ke mukaku, terjaga lagi.

'tak tidur ka? jauh lagi'
'eh, tidur je. Terjaga ni'
'ohh, tidurlah'

     Beberapa jam kemudian. Terjaga lagi.

'Uncle, saya nak pergi tandas'
'Uncle, saya nak pergi tandas'
'Iye dik, nanti saya berhenti, Sini xboleh berhenti'

    Tiba di hentian Changkat Jering,

'Tandas! Tandas! Cepat sikit, saya berenti 5 minit sahaja'

     Menderu orang turun. Merokok. Lepas hajat. Ambil angin. Tapi aku, masih dikerusi, berselimut. Ku lihat, driver tersebut memandang ke arah aku. Lantas aku palingkan muka ke arah lain. Dan kemudian aku dengar,

'P johor buat apa? P s'pore?'
'Dak la. Belajaq sana'
'ooo.. mana?'
'UTM'
'oooo. Ni balik bercuti la?'
'Yupp. Seminggu cuti, baliklah'

     Perjalanan diteruskan lagi. Aku kembali tidur. Tak sedar diri. Sedangkan aku tahu, tak lama lagi akan tiba ke destinasi. Tak berapa lama kemudian, aku dengar seperti dipanggil. Aku buka mata,

'Nak sampai tol dah ni, duduk sini'

Sambil menunjukkan kerusi di tepi pintu
 
'Ohh, ok'

     Aku ingat sudah keluar highway dan menuju ke tol. Padahal aku nampak signboard menunjukkan exit dalam beberapa km lagi. Seorang cina duduk di tepi driver turut disuruh kembali ke tempat asal atas alasan aku nak turun, bagi laluan. Lantas aku sumbat segala mak nenek barang aku yang ada di luar, ke dalam beg. Diam. Kaku.

'Mai la duduk sini, ada kerusi'
'Ok'

     Aku kira untuk memudahkan urusan penurunan aku. Tetapi,

'Nama apa?
'Athirah',
'Ooohh, kalau nak mintak no fon boleh?'
'Ha? Takpayah kot'
'Alaa, takkan xsudi? Bukan nak kacau pun. Nak kawan je,'
'No',

     Terus aku abaikan driver India tersebut. Ada jugak orang berlainan bangssa mintak no eah. Aku ingat takda. Aku masih dengar driver tersebut berusah minta no aku.

'encik, nanti berhenti kat tol bandaq baru naa. Senang sikit turun kat sini.'
'ok la tu cik, saya pun turun situ,'

     Penyelamat aku sampai. Pakcik yang aku jumpa di Larkin, menyelamatkan keadaan. Terima Kasih pakcik! Jasamu ku kenang. Dengan muka seperti frust, driver tersebut memandu. Berhenti selepas tol. Aku, pakcik dan driver tersebut turun. Semasa nak ambil beg,

'Boleh lah bagi no fon. Bukan nak kacau pun. Nak kawan. Xsudi ka?'
'Rasanya tak perlu kot'
'Bukan nak kacau pun'
'Oklah. Dah ambil beg. Thanks'

     Berpaling. Pergi. Driver bas tersebut terus naik bas dengan laju. Tutup pintu. Kalut. Jalan. Selamat. 



p/s : kejadian ni membuatkan aku teringat zaman sekolah dulu dimana ada one Indian ni silap no and nak kenal ngan aku just because he think i'm Indian too = ='.

Korang ada pengalaman macam ni? Jom kongsi :)

4 comments:

  1. Kalau aku memang dah kena maki driver tu haha. Cool lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. nak maki pun.. pagi-pagi buta.. org dalam bas tidur.. kesian pulak..

      Delete
  2. eeeiii..tak sukanya dengan org camtu..
    paksa2 plak kan..menyampah gila..hahaa
    tak payah layan,cara yang terbaik!! <333

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... nasib la dia xde pkse teruk sngt kan..
      n nasib ade pkcik tu menyelit :)

      Delete