Monday, October 1, 2012

Daftar Barang Elektrik


Assalamualaikum w.b.t .

      Rase macam da berkurun abadnye aku tinggalkan blog cantek aku ni *perasan jappp ! Sila buat muka* Ok , tujuan aku hari ini kerana nak menheksaitedkan diri aku dengan pendaftaran barang-barang letrik ni . Kepada mereka-mereka yang da lama berkecimpung dalam dunia universiti , tak kesah lah samada Degree , Diploma , Masters o PhD dan juga Asasi , sudah pasti anda tidak peghak dengan pendaftaran barang letrik kan  . Tapi bagi seorang student matrik seperti aku , memang xpernah la daftar barang letrik . FOC je semua tu . Diulangi , FOC !

     Dipendekkan cerita , pada hari 27 Sept 2012 , di mana hari perempuan Nuklear dapat naik bas pergi dan balik kelas untuk pertama kalinya , aku dan rumate telah menebalkan muka ke Pejabat kolej untuk ke sekian kalinya di atas tujuan yang sama . Apakah ? Daftar barang letrik lah . Sebelum ni tertangguh sebab sticker xsiap lagi . *akal mula berangan-rangan betapa superbnya reka bentuk sticker itu* Dan akhirnya , aku berjaya memperolehi 3 keping sticker untuk barang-barang letrik aku . Apakah ? Ini dia

bukti pembayaran

inilah barang letrik tu

      See . Barang-barang letrik kesayangku . Hahaaa . Barang letrik yang menyebabkan Rm20 aku terbang melayang . *20 je pun !* Actually aku ingat sticker tu superb giler abad la . Sekali , aku baru je lekat kat alarm clock then aku tanggalkan . Bila nak tampal balik , da senang sangat pulak nak tanggal . What the ! Maka dengan ini aku tak lagi menggunakan barang tersebut secara kurang halal . Yess ! So , probability untuk aku kena saman makin berkurang . Cuma hal lain je yang mungkin buat aku disaman . Haha ! Sangat gangster tahap dewa kalau aku kena saman !

     Tapi , setelah aku mendaftar semua barang letrik aku , encik extension aku pulak membuat perangai . *jeles sebab beliau xperlu didaftar* Beliau mencairkan sedikit bahagian badan beliau lantas mengeluarkan asap dan bau yang tidak menggugat perasaan semua hidupan . Namun , terima kasih kepada encik extension kerana tidak memblackoutkan satu blok or merosakkan plug barang-barang letrik aku yang still connect kat badan anda . Tidak lupa juga terima kasih kerana akan menghabiskan duit aku untuk membeli pengganti dirimu . 


moral of the story : daftarlah barang letrik untuk mengelakkan masalah di masa hadapan ! *xde kena mengena*

Next , I will tell about my 'holiday' at Pirate Sand Beach , Mersing . InsyaAllah . Tunggu ya !





3 comments:

  1. baru bayar minggu lepas . *dh nak hbis sem dh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. eh ? sem da nak habis ?
      bukan baru bukak sem ke?

      Delete
  2. hehehe bgs la dik daftar erk. Kat tempat Cek Ya tak de borang pendaftaran barangan elektrik sebab semua barang elektrik x ble bwk kecuali charger hp n lappy jer. Sbb dah 2 kali berlaku kebakaran disebabkan brg elektrik yg student bawa. Untuk keselamatan student jugak hehehe

    ReplyDelete