Tuesday, April 6, 2010

renung kan....( wt player skalian )

..
Pada suatu hari di sebuah sekolah,
Seorang pelajar bertanya kepada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar tentang kasih sayang.

Pelajar : “Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu akan berkekalan?”

Cikgu : “Ok, kamu ikut ape yang saya suruh. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Bila kamu dah petik rumput yang paling cantik, bawa ke kelas.”

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangannya.

Cikgu bertanya,” Kenapa tiada rumput yang dipilh?”

Pelajar : “ Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi, bila saya sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik. Tapi, dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiada lah rumput yang boleh saya petik. “

Cikgu : “ Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan mata kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap sudah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah, orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik walaupun nak diikutkan, masih banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi…”
referrence from : aku...bukan...kamu...

No comments:

Post a Comment