Sunday, February 17, 2013

Solat Sunat Dhuha

 

     Di petang yang indah ni.. Aku rasa nak berkongsi sedikit ilmu keagamaan yang sepatutnya kita sebagai umat Islam tidak meninggalkannya.. Nak tawu ape?? Mesti mengkome tahu apa itu solat SUNAT DHUHA kan.. Sape kat sini yang sentiasa menunaikan solat tersebut? Alhamdulillah.. Namun , pada sesiapa yang belum atau sedang melatih diri untuk menunaikan solat tersebut.. Berusahalah.. Bersama-sama lah kita mendekatkan diri kepada Alaah S.W.T.. Pencipta kita... :)

    Di sini aku ade sediakan cara-cara untuk menunaikan solat SUNAT DHUHA tersebut.. Hasil daripada lawatan ke blog shafiqolbu dan blog senseiabil.. Mari teruskan bacaan.. moga memberi manfaat.. :)


Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.

Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi. Wallahualam..

Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

Cara mengerjakan solat sunat dhuha

Solat ini dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat sehingga 12 rakaat..

1. Niatnya

      Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala

2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas

3. Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:
 

4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:

5. Doa selepas solat sunat Dhuha

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu,
kecantikanya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu
dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,
dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah
dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Selesai.. Now comes to kebaikan dan ganjaran kepada mengkome yang menunaikan solat sunat Dhuha :)
"Wahai Anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, nescaya Aku akan mencukupimu di akhirnya "(Riwayat Ahmad)

Sabda Rasulullah : "Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya segala dosanya walaupun seperti buih di lautan " (Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmizi)
" Setiap pagi semua sendi manusia bersedekah, iaitu dengan melakukan dua rakaat solat sunat dhuha, sama seperti sedekah membaca tasbih, membaca tahmid, membaca tahlil, membaca takbir, membuat amar makruf dan menjauhi mungkar " Hadis riwayat Muslim


Banyakkan ganjaran yang diberikan.. Marilah sama-sama kita menunaikan solat sunat Dhuha tersebut.. InsyaAllah :)

credit to :

p/s : semoga entri kalini memberi manfaat kepada mengkome :)




1 comment: