Friday, August 10, 2012

kerang rebus mak siti

Asslamualaikum . hye peepss *terdouble s pulak da -.- . bhahaa . Xde ape yang boleh aku tunjuk untuk ungkapkan perasaan aku sekarang . Y ? Sebab aku da dapat makanan yang rare di bulan ramadhan . Becuase semua tu cuma ada masa bulan ramadhan ja . Ampa confirm tertanya-tanya apa yang aku dok mengarut ni kan ? Ok , sebelum tu . Sapa-sapa yang dah tahan lapaq . Sila lah tunggu lepas berbuka baru teruskan ye . :) sapa yang tahan lapaq . Sila telan air liur ampa siap-siap . Takut ampa terkumpul air liur then tertelan ja . Kang batal posa ampa . ;) tinggal berapa minit je nak berbuka kan ? Here we go !


Eh . Eh . Signboard ape tu thira ?

haa . Hat ni la yang aku  nak cerita kat ampa semua . Mak Siti ni bukan la mak aku and tak de pun pertalian saudara dengan aku . So , buad ape aku nak cerita kan ? *sila lempang aku . Chooopppp ! Mak Siti ni actually owner kedai kerang rebus yang aku makan semalam . Macam mana rupa mak siti ni , tidak dapat la aku gambar kan keayuan dia . Sebab aku pun tak pernah tengok apatah lagi bertentang mata dengan Mak Siti ni . Haha .

Kat situ tersangat lah  ramai manusia . Kalau tahun lepas , memang selalu full . Kira kalau datang tu , kena duduk luar kedai dulu . Tunggu orang lain habis makan . But this year , depa da pebesaq kawasan depa . Meja pun dah bertambah . So , tak perlu la ampa nak tunggu teruk-teruk . Sebab ampa kena simpan kesabaran untuk tunggu kerang tu direbus dan diservekan kat ampa pulak *tapi this year makin cepat !

bukti keramaian orang !
kalau nak snap satu kedai dalam satu pic . Memang la xmuat . Sebab kedai da besar . So , aku snap dari meja makan la . tapi aku tetap tak boleh bangun untuk snap semua . Yela , aku xguna DSLR . Segan nak bangun . Hahahaha ! *sila gelakkan aku ! Semasa tunggu juadahnye sampai . Aku pun mencucikan mata *gatai sat tengok motor-motor besar kat belakang aku ni . Nak snap tak boleh sebab owner-owner moto ni belakang meja aku ja . So , jeling-jeling je la -.-' . 

Tak sampai sejam , makanan pun tiba ..

 
sedap tak ? Sedap tak ?
ok . Sila ambil tisu atau sapu tangan ampa untuk mengelakkan reaksi tidak diundang nanti . 

siput sudu *rare*
SIPUT SUDU 

nak makan siput sudu ni . Sangat senang sebab cengkerang dia memang da terbukak . Cuma tinggal nak luaskan je . Tapi dalam isi dia ni , ada satu benda yang dipanggil tali .Tali ni kena cabut dulu baru boleh makan isi dia. . Reason dia aku xtaw . Yang aku taw sebab dia liat , xboleh kunyah .

siput duri *rare*
SIPUT DURI

Nama agak metal jugak la kan . Ganas ! Tapi xdak a duri yang menyucuk-nyucuk tu . Siput ni agak susah nak keluarkan isi dia . Dia macam siput sedut . Tai siput sedut ni kalau sedut dia boleh keluar . Siput duri ni xpernahnya disedut oleh manusia . Confirm calar kalau disedut . Ampa kena guna garfu mini yang diberi la untuk bawak keluar . And kalau bernasib baik , ampa dapat umang-umang . Tapi , jangan makan tau !


penambah kelazatan
KUAH PENCICAH

kuah ni sangat la special . Kalau ampa p kedai lain , kuah dia macam kuah kacang o sos ditabur kacang . Tapi kalau kat sini , aku pun tataw dia buat camna . Yang aku tau , kacang ditabur diatas kuah . Nyummm ! Memang sedap lah !


terliur dak ? Haaa . Ni baru sikit je . Tak masuk lagi siput bintang *rare* , kerang bulu and banyak lagi yang aku tak ingat nama dia . Bila makan , aku xsempat la nak snap isi-isi dalam kerang dan siput tersebut . Tak nak tambah dosa buat orang teringin . Hahahah ! .


nampak tak kelicinan pinggan tu ? Maknanya , makanan kat situ memang la lazat dan sedap . ! *kira aku da tolong promote mak siti ni !~ Total kerang + teh ais , teh limau ais (2) and bihun sup (1) just Rm 28.00 . Murahla kan ? Sangat berbaloi . :) 

Sampai sekarang aku still tertanya-tanya , mana la Mak Siti ni dapat supplier kerang and siput yang berbillion lemon ni ? And agaknya satu malam  bape riban dia dapat kaut ye?

Pesanan penaja


jangan terliurkan diri anda kerana setakat terliur tak memberi makna . P kedai and makan la siput itu sepuas hati ! Setakat ini sajalah . Nak p bancuh soya yang beli kat bazar tu jap . Bancuh ape la kan ? tataaaa

Thanks for reading :)

2 comments:

  1. ermm2.. kat area nibong tebal ;)
    kmpung ape nta.. terlupa plak ..hewhew

    ReplyDelete