Thursday, April 21, 2011

Assignment 2 UBM : Sunnah Nabi di dalam Hidup kita.

salam update .
ok , tira nak wat statement nie , tira baru ja bukak blog UBM smlam . 2 yang baru taw pasai assignment ke-2 tu . Yang pling wat tira nak kena heart attack ( hiperbola semata-mata) due date dia khamis ni (arini) . Maka dengan kelam kabutnya tira terus cari rujukan tentang assignment nie . <----semua diatas adalah commercial break sebentar .
ok , tira da jumpa la rujukan yang boleh diguna pakai untuk assignment nie . Sat2 . Tira xmaw la skema sangat . Tira nak guna ayat biasa la untuk assignment nie . Bukan apa . Seqhonok sikit ati ampa nak baca kan . kan ?
klik laju2 kat banner untuk maklumat lanjut .

ampa baca apa yang ada dalam banner 2 . SAYA SAYANG ISLAM . YESS ! Ceq pun sayang ISLAM ! Maka ceq sahut cabaran untuk siapkan assignment ni (!) <--------bukan apa . ceq ni pun tak la pandai sangat bab2 ni . So , ni boleh jugak jadi bahan bacaan cek (masa nak cari isi) .
ok . Start ......
3 SUNNAH NABI S.A.W. yang ditinggalkan untuk umatnya ....
:: sebenaqnya ada banyak . Tapi da prof nak tiga . Ceq bagi 3 saja cukup la noh . (cth : pemakanan , kesihatan , pemakaian , tuntut ilmu , dll)
:: ceq nak ceqhita skit tentang pemakanan nie .
Ampa taw dak ? sebenaqnya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari , kita tak boleh sembarangan . Macam-macam penyakit boleh  mai kat kita . ( cth : penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung,keracunan makanan dan lain2 penyakit. ) 


1. JENIS MAKANAN
Rasulullah S.A.W tak pernah sakit perut sepanjang kehidupan dia (menurut ungkapan USTAZ ABDULLAH MAHMOOD) , pasaipa ?
jawapannya : baginda pandai menjaga pemakanan baginda . Ampa nak taw lagu mana  (bukan lagu2 musik noh ) ? ni cek ada bagi senarai :
|
|
|
v
Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH: KOKTEL
2. CARA MAKAN
hah . makan pun ada cara . macam nak buat karangan . ampa kena ada pendahuluan , isi , penutup . baru la complete karangan ampa . cara makan ni maksud dia
A. JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
B. TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.
C. JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA .
== ikut kajian sains : makan lewat malam pun boleh melembapkan otak ==
D. Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu . Kerana cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion- , jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

3. PENJAGAAN KESIHATAN
Tak semestinya kalau ampa excersice tiap-tiap hari tu ampa dah jaga sepenuhnya kesihatan ampa . Kadang-kadang dapat jugak penyakit ( izin ALLAH ) . Mengikut al-qur'an dan sunnah NABI S.A.W ampa jugak boleh jaga kesihatan ampa dengan :
1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit .

kebaikan : Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak .
bukti : Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan 
tak gemuk .  

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk(bukan air ais) setiap pagi .

kebaikan : Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit) . 

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa) .

kebaikan : Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain .
bukti : para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud .Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah . Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut . 
~ sekian ~
p/s : tira sekadar menyampaikan saja apa yang tira baca n paham . sekiranya berlaku percanggahan pendapat @ tersalah fakta , diminta tegur supaya tira xsebarkan ajaran sesat =)

1 comment:

  1. Rasulullah adalah contoh terbaik untuk di ikuti...tetapi skrg ramai yang menjadikan artis2 sebagai ikutan....aduuhh...

    ReplyDelete